Saturday, February 5, 2011

LELAKI AKTIFKAN DIRIMU! BUKU YG MENARIK BAGI KAUM ADAM..


Lelaki Aktifkan dirimu
Fadzilah Jabar

Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-626-9
Halaman: ~288
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Dis 2010
Kategori: Umum
Sinopsis

SIAPA kata lelaki tidak perlu ambil pusing tentang penjagaan diri? Padahal, menjaga kesihatan dalaman itu sangat penting demi melahirkan penampilan luaran yang hebat dan bertenaga. Malah, cabaran untuk mengekalkan tahap terbaik kualiti kesihatan kaum Adam tidaklah sesukar mana yang sering difikirkan. Anda hanya perlu positif dalam meningkatkan usaha dan gandakan pengetahuan semaksima mungkin. Jadi, bukan hanya wanita perlu jaga kesihatan untuk kekal menawan, lelaki juga harus sahut cabaran yang sama!

LELAKI, AKTIFKAN DIRIMU! merupakan kompilasi artikel daripada majalah Rapi terbitan Grup Media Karangkraf. Melalui buku ini, ketahui fakta-fakta kesihatan yang sering menghantui kaum Adam. Selain itu, tip-tip menarik turut dimuatkan bagi membantu anda menangani masalah kesihatan dengan bijak sekali gus mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.
Dalam peredaran zaman yang serba pantas ini ,bukan sahaja wanita ,malah kaum lelaki juga perlu menitiberatkan tentang penjagaan diri .hal ini sangat penting demi mengekalkan tahap terbaik kualiti kesihatan kaum adam .tambahan pula ,tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita membuatkan lelaki perlu kekal cergas ,sihat ,aktif dan kemas sepanjang masa .sudah tentu usaha dan pengetahuan perlu digandakan.

SEMOGA TERUS SIHAT, CERGAS DAN BERTENAGA!

No comments:

Post a Comment