Thursday, February 3, 2011

DIMANAKAH KEHEBATAN DATUK LEE CHONG WEI BILA BERHADAPAN DENGAN LIN DAN (CHINA)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia ,Hari ini saya ingin mengulas satu tajuk dari petikan akhbar .Apabila saya membaca akhbar saya lebih tertarik pada bahagian info sukan dan sentiasa mengambil perkembangannya .Salah satu etlit sukan yg saya minati ialah Datuk Lee Chong Wei...Sejak-sejak ini terdapat banyak kritikan dan kata-kata yang kurang enak didengari .Hanya satu soalan yang saya ingin tanya ialah  apakah wajar Datuk Lee Chong Wei memperbaiki dan berkerja keras untuk menepis segala kritikan itu.

Di dalam akhbar juga telah mengeluarkan artikel yang bertajuk "Raja Siri Super Tersungkur" yang ditujukan kepada Datuk Lee Chong Wei iaitu pemain No.1 Dunia .Kita masih mengharapkan sentuhan dari pemain badminton tersebut untuk menjuarai setiap pertandingan tanpa mengira siapa saingan terutamanya bila Datuk Lee Chong Wei berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan (China).

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pemain perseorangan badminton negara ,Datuk Lee Chong Wei hanya mampu menjuarai sesuatu kejohanan tanpa kehadiran bintang sensasi China ,Lin Dan .Buktinya cukup jelas apabila beliau terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan apabila tewas pada final kejohonan Badminton Siri Super Primier terbuka Korea Selatan 2011.

Saya bukan mahu memperkecilkan kemampuan Datuk Lee Chong Wei tetapi terasa pelik apabila setiap kali dia berhadapan dengan Lin Dan pasti peluang untuk dia mencatatkan kemenangan dilihat amat sukar sekali. Malah ada yang meramalkan Lee Chong Wei pasti tewas andai berhadapan dengan Lin Dan pada final dan ia dilihat memang ada kebenarannya.

Apa sebenarnya kekurangan Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan Lin Dan??? Cuba anda fikirkan...

Berdasarkan kedudukan ranking ,Chong Wei merupakan pemain No 1 Dunia manakala Lin Dan pula sekadar menghuni ranking ke Empat Dunia .kalau diikutkan Chong Wei yang sepatutnya lebih kuat berbanding Lin Dan??.
Ternyata kedudukan ranking bukan ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat kerana situasi yang dialami Chong Wei itu sudah cukup bagi menceritakan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment