Tuesday, December 7, 2010

PERLAKSANAAN UJIAN PEMASANGAN ELEKTRIK [DOMESTIC]

PENDAHULUAN

Setiap pemasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat.ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pemasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pemasangan ini boleh disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu pemasangan elektrik.bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian  ini dijalankan.

TUJUAN
Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik.undang-undang dan peraturan tersebut adalah lain:-
            Akta Jabatan Bekalan Elektrik
            Electricity (Board Supplies ) Rules,1949
            Safety Regulations
            IEE Regulation For Electrical Installations
            Jkr Technical Circulars

Peraturan IEE adalah diterima sebagai peraturan standart bagi sistem pemasangan elektrik dibangunan,walaupun dalam beberapa hal diubahsuai mengikut keperluan-keperluan semasa di Malaysia.




4.1       PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


4.1.1    Kehendak perundangan

       I.            Mengikut peraturan 12(1) dan (2), peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pemasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau sekatan fasa tiga.setelah siap,pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu perakuan penyelian dan penyiapan.

    II.            Mengikut peraturan 13(1) dan (2).peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan itu.

 III.            Mengikut peraturan 13(1) dan (2).peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.


4.2       UJIAN TERHADAP ALAT-ALAT ELEKTRIK

Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor,alat pemanas air dan sebagainya hendaklah diuji secara berasingan.jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi,ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya.bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm.jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu.



4.2.1    Pengujian

Setelah selesai sesuatu pendawaian,beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan.sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat.ke[utusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang H (seperti Lampiran V)

Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H,ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan

       I.            Ujian keterusan
    II.            Ujian rintangan penebatan
 III.            Ujian kekutuban
 IV.            Ujian rintangan elektrod bumi
    V.            Ujian peranti arus baki


Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
\
        i.            Ujian keterusan konduktor pelindung
      ii.            Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang
    iii.            Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

a)      Ujian keterusan konduktor perlindungan

Ujian ini dilakukan bagi mengetahui bahawa sambungann wayer bumi adalah dalam
Keadaan betul kepada semua peralatan yang dibumikan.dengan itu dapat ditentukan bahawa konduktor perlindungan dalam keadaan selamat dan pendawaian tersebut boleh diberikan bekalan.

·         Untuk memastikan semua konduktor pelindung bersambung secara betul dan berkesan
·         Alat uji-jngka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
·         Kaedah pengujian
Ø  Pastikan semua suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua beban ditanggalkan.
Ø  Sambungkan test lead penguji seperti rajah
Ø  Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm



b)      Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang

Ia terutama dilakukan kepada suis soket alur keluar yang dipasang secara gelang,alat yang digunakan ialah alat uji loceng atau meter pelbagai (multimeter) iaitu sebelum bekalan dimasukkan.ia adalah untuk memastikan bahawa pemasangan kabel L-L,N-n dan E-E adalah dalam keadaan betul terutama untuk pemasangan pebdawaian yang baru.
Sekiranya pemasangan pendawaian sediaada atau tambahan,untuk memastikan bahawa litar gelang untuk suis soket alur keluar di pasangkan dengan betul,”ring main tester” digunakan.
·         Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang.
·         Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
·         Kaedah pengujian
Ø  Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dan MCB,konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
Ø  Disambung lead penguji seperti gambarajah dibawah (E-E)
Ø  Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N)
Ø  Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm


 
Rajah : keterusan konduktor litar akhir gelang



c)      Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa liatr akhir fasa dan neutral mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan alatuji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan wayer hidup,neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas
·         Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar
·         Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
·         Kaedah pengujian
Ø  Semua suis,RCD dan MCB di litar-buka (Switch Off)
Ø  Semua beban hendaklah di litar-tutup (Switch On)
Ø  Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup
Ø  Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas
Ø  Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm



d)     Ujian rintangan penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan.ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara konduktor-konduktor bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi.semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal.oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum.

Kegunaan ujian penebatan ialah untuk:
                                i.            Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi
                              ii.            Menguji ketahanan penebatan kabel dari segi keupayaan voltan
                            iii.            Memastikan tiada litar pintas berlaku diantara pengalir fasa dengan neutral
                            iv.            Alat uji-penguji rintangan penebatan (insolation resistance tester) voltan kendalian adaalah arus terus dengan keupayaan voltan 250v A.T atau 500V A.T
                              v.            Kaedah pengujian
·         Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
·         Semua beban hendaklah ditanggalkan
·         Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
·         Jalanka ujian
·         Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm



e)      Ujian kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan.ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup.kebaikan melakukan ujian kekutuban ialah:
                                i.            Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja
                              ii.            Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa,neutral dan disambung pada terminal yang betul
                            iii.            Alat uji-jangka pelbagai (julat ohm) atau jangka ohm
                            iv.            Kaedah pengujian
·         Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
·         Semua beban hendaklah ditanggalkan
·         Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
·         Jalankan ujian
·         Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa
·         Menguji punca sambungan soket keluaran
·         Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
·         Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm




f)       Ujian rintangan elektrod bumi

Ujian ini dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi daripada yang ditetapkan.ujian ini dijalankan dengan menggunakan jangka penguji bumi (earth tester).
                                i.            Menguji rintangan elektrod bumi
                              ii.            Mengetahui kesesuaian Kedudukan elektrod yang ditanam
                            iii.            Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain.
                            iv.            Alatuji-penguji rintangan bumi (Earth Resistance Tester)
                              v.            Kaedah pengujian-
·         Terminal ‘E’ disambungkan pada elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau)
·         Terminal ‘P’ disambung pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi
·         Terminal ‘C’ disambung pada pancang arus (spike current) 9konduktor merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi



Tatacara ujian rintangan elektrod bumi

        i.            Pancangkan elektrod tambahan Y dan Z ikut jarak yang diberikan
      ii.            Buat sambungan
    iii.            Tekan suis penguji dan laraskan pelaras ohm sehingga penunjuk jangka penguji kedudukan kosong.
    iv.            Ambil bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm
      v.            Bagi menentukan samaada bacaan ini tepat atau untuk memastikan bahawa rintangan pada X,Y dan Z tidak bertindih ujiann peringkat kedua dan ketiga perlu dijalankan
    vi.            Ujian peringkat kedua
a.       Ubahkan jarak pancang Z iaitu 6 meter dari jarak asalnya ke elektrod bumi X
b.      Ulang tatacara 1,2,3, dan 4
  vii.            Ujian peringkat ketiga.
a.       Ubahkan jarak pancang Z iaitu 6 meter dari jarak asalnya ke elektrod tambahan Y
b.      Ulang tatacara 1,2,3 dan 4
viii.            Bacaain ujian peringkat kedua dan ketiga mestilah hamper sama dengan ujian peringkat pertama.sekiranya tidak elektrod bumi X dan pancang Y dijauhkan lagi dan ulang semula ujian seperti tatacara di atas.
    ix.            Bacaan rintangannya hendaklah 10 ohm atau kurang.sekiranya lebih daripada 10 ohm,hendaklah ditambah/tanam lagi elektrod bumi.

Tatacara menjalankan ujian 1
                         i.          Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya 50 keluaran.
                       ii.          Semua beban mesti ditanggalkan sekiranya tidakboleh, suis yang mengawalnya mesti dibuka (OFF).
                     iii.          Semua suis yang mengawal lita mesti ditutup(on)
                     iv.          Suis utama dibuka (OFF)
                       v.          Sambungkan plumbum penguji seperti rajah yang diberi.
a)              Rajah 6.6.1. a – diantara fasa dan neutral (1 fasa)
b)              Rajah 6.6.1. b – dianatara pengalir fasa (3 fasa)
c)              Rajah 6.6.1. c – diantara pengalir fasa dan neutral (3 fasa)
                     vi.          Baca jangka penguji mestilah tidak kurang satu mega ohm.



Tatacara menjalankan ujian 2
                    i.               Sama seperti tatacara 1 hingga 4 daripada ujian 1.
                  ii.               Buat sambungan diantara semua pengalir fasa dan neutral.
                iii.               Sambungkan plumbum penuji mengikut (rajah 7.6.2 a)
                iv.               Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 1Mega ohm.


Ujian penebatan keatas alat-alat elektrik mudah alih
                 Ujian penebatan mestilah dibuat secara berasingan daripada ujian penebatan ke atas pemasangan elektrik.

Tatacara menjalankan ujian
                    i.      Sambungkan plumbum penguji mengikut (rajah 7.7.1 a).
                  ii.      Bacaan jangka pengujimestilah tidak kurang daripada 0.5Mega ohm.


Ujian kekutuban
Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan:-  
a)         Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal. Dipasangkan pada pengalir fasa sahaja.
b)        Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir neutral.
c)         Sambungan pada soket alur keluar pada setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambungkan kepada punca yang betul
Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng penguji. Manakala bagi scara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan. 

Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar mati.
i.               Suis utama hendaklah dibuka (OFF).
ii.             Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar.
iii.           Mengunakan jangka ohm atau loceng penguji.
iv.           Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah ujian yang perlu dijalankan.
a)         Menguji suis dan alat kawalan itu tunggal pada pengalir fasa. (rajah 7.8.1. a).
b)        Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru (rajah 7.8.1 b).
c)          Menguji punca sambungan soket keluaran (rajah 7.8.1. c).
v.             Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah (kurang daripada 1 ohm) atau loceng berbunyi ini menunjukkan sambungan yang betul.



Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar hidup.
1.                   Tanggalkan semua beban daripada litar.
2.                  Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah ujian yan perlu dijalankan.
a)        Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa (rajah 7.8.2 a)
b)        Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru (rajah 7.8.2 b)
c)        Menguji punca sambungan soket alur keluar (rajah 7.8.2 c)
3.                  Sekiranya lampu penguji menyala atau jangka volt sama nilai dengan voltan bekalan (230V atau 240V) ini menunjukkan sambungan litar betul.



Ujian galangan gelung bumi

Tujuan ujian galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis pelindungan kebocoran ke bumi yang sesuai  digunakan.
Terdapat 2 jenis ujian gelung impedan bumi :-
a)      Ujian gelung talian – bumi.
b)      Ujian gelung neutral – bumi.
Alat penguji yang digunakan ialah jangka penguji talian bumi ( megger earth line tester )




Tatacara menjalankan ujian
1)                       Bekalan utama diputuskan ( suis utama buka tutup )
2)                      Sambungka plumbum jangka penguji talian bumi seperti rajah yang diberi
a.          Rajah 7.9.1 a – ujian gelung talian – bumi
b.          Rajah 7.9.1 b – ujian gelung neutral - bumi
3)                      Ambil bacaan pada jangka penguji, nilai galangan yang diperolehi mestilah tidak boleh lebih daripada 500 ohm, sekiranya lebih tindakan selanjut mestlah diambil.




Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi
   Ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan keberkesanan pengendalian pemutus litar bocor ke bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku.  Alat yang digunakan dalam ujian ini ialah pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak melebihi 45V.

Tatacara menjalankan ujian pemutus litar bocor ke bumi (P.L.B.B) kendalian arus
a)             Sambungkan pengubah dua lilitan ke salah satu soket alur dalam pemasangan, terminal lilitan utama disambungkan ke punca fasa dan neutral, manakala terminal lilitan sekunder di sambungkan ke neutral dan bumi. (rajah 7.10.1 a)
b)             Berikan bekalan ke litar pemasangan, ketika ini arus akan mengalir terus ke pengubah penguji dan berlaku kebocoran di antara pengalir neutral dan bumi. Dengan ini perseimbangan arus mengalir dalam gelung utama P.L.B.B adalah tidak sama dan sekiranya pemutus litar bocor ke bumi ini dalam keadaan baik ia dapat memutuskan litar.


Tatacara menjalankan ujian pemutus litar bocor ke bumi (P.L.B.B) kendalian voltan
a)   sambungkan pengubah dua lilitan ke salah satu soket alur dalam pemasangan, terminal lilitan utama disambungkan ke neutral ke punca fasa dan neutral, manakala terminal lilitan sekunder disambungkan ke neutral dan bumi (rajah 7.10.2 a)
b)   berikan bekalan ke litar pemasangan , dengan ini 45V di pengubah penguji akan mengalir ke gelung pelantik dan sekiranya pemutus litar dalam keadaan baik ia dapat di kendalikan.

Mencari kerosakan
Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku di dalam pemasangan eletrik iaitu:-
i)         Litar terbuka.
ii)      Litar pintas.
iii)    Kerosakkan bumi.

Litar terbuka
            Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-
a.       Pengalir kabel terputus.
b.      Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c.       Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa baik.

Tatacara mengesan litar terbuka

Pemasangan dalam konduit
a.         Putuskan bekalan utama
b.         Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A. ke punca bumi (rajah 7.11.2.1 a).
c.         Suis (S) hendaklah di tutup
d.        Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji di antara punca bumi (conduit) dan punca A,B, dan C mengikut giliran.
e.         Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak berbunyi ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak. Ujian ini menunjukkan pengalir kabel B putus.



Pemasangan permukaan atau tersembunyi
                         i.              Suis utama hendaklah dibuka (OFF).
                       ii.              Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar.
                     iii.              Menggunakan jangka ohm atau litar penguji.
                     iv.              Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah ujian yang telah dijalankan.
a)             Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa (rujuk rajah 7.11.2.2 a).
b)             Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru (rujuk rajah 7.11.2.2 b)
c)                        Menguji punca sambungan soket keluaran (rujuk rajah 7.11.2.2 c)
                       v.              Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah (kurang daripada 1 ohm) atau loceng berbunyi ini menunjukkan sambungan betul.

                                        
Tatacara mengesan litar terbuka (pemasangan dalam conduit )
        i.            Putuskan bekalan utama
      ii.            Sambunkan punca L dan N dalam PF ke punca bumi
    iii.            Suis hendaklah ditutup
    iv.            Dengan menggunakan multimeter (set to ohm range ) atau loceng penguji,sambungan penguji di antara punca bumi ( conduit ) dan punca A,B dan C mengikut giliran.
      v.            Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak berbunyi ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak.ujian ini menunjukan pengalir kabel B putus.
Untyuk pemasangan permukaan atau tersembunyi tatacara menjalankan ujian sama seperti tatacara ujian kekutuban bagi ujian litar pendawaian ketika litar terbuka.

Litar pintas
Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu dengan lain.punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu daripada perkara-perkara berikut :
        i.            Penebat kabel rosak
      ii.            Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan dengan pengalir kutub yang berlawanan.

 Tatacara mengesan litar pintas
a.              Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan daripada papn agihan.
b.              Bukakan (off) semua suis dalam litar.
c.              Tanggalakan semua beban.
d.             Jalankan ujian rintangan penebatan.
e.              Sambungkan prod penguji jangka ohm diantara pengalir fasa dan neutral di dalam papan agihan.
f.              Tutupkan (ON) setiap suis mengikut giliran sehingga bacaan jangka ohm menunjukkan rintangan rendah atau sifar
g.              Kerosakan kan terjadi daripada suis yang menunjukkan rintangan rendah.
h.             Buatkan pembetulan ke atas punca kerosakkan.

Kerosakkan bumi
                        Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan (logam) alat perkakasan elektrik.

Tatacara menjalankan ujian
a.          Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya 50 keluaran.
b.         Semua beban musti ditanggalkan sekiranya tiak boleh, suis yang mengawalnya mesti di buka (OFF).
c.          Semua suis yang mengawal litar mesti ditutup (ON).
d.         Suis utama dibuka (OFF).
e.          Buat sambungan diantara kesemua pengalir fasa dan neutral.
f.          Sambungkan plumbum penguji.
g.         Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 1 Mega ohm.




Pengujian awalan

Pengujian awalan keatas peralatan pemasangan elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-
a)         Pengujian sebelum bekalan elektrik disambung.
b)         Pengujian selepas bekalan elektrik disambung.


Pengujian sebelum bekalan disambung
      Ujian-ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-
a.    Ujian Keselenjaran Pengalir Pelindung, Pengabung Utama dan Pengabung Tambahan.
b.    Ujian Keselenjaran Pengalir Litar gelang akhir (final ring circuit) termasuk Pengalir Perlindung.
c.     Ujian Rintangan Penebat
d.    Ujian Kkekutuban.
e.     Ujian rintangan elektrod bumi.

Pengujian selepas bekalan elektrik bersambung
            Ujian-ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:-
a.     Penyemakan Semula Ujian Kekutuban.
b.    Ujian Galangan Gelung Rosak Ke Bumi.
c.     Ujian Kefungsian Bagi Peralatan
d.    Ujian Pengukuran Jangkaan Arus Rosak.

3 comments:

  1. nota ini sangat membantu.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat. Semoga usaha saudara diberi ganjaran oleh Nya....

    ReplyDelete