Monday, December 6, 2010

CONTOH SURAT TOLAKAN LATIHAN INDUSTRI



MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN SAMSUDIN
KD 85,KAMPUNG LANGKAP KETIOR,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN


PEJABAT PENGURUS KAWASAN(KUALA KANGSAR)
BAHAGIAN PEMBAHAGIAN,
TENAGA NASIONAL BERHAD,
LOT 5135 JALAN SULTAN ISKANDAR SHAH,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.                                                                                   03 NOVEMBER 2010


Tuan,Puan,

PERMOHONAN PEMBATALAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI 

Merujuk perkara di atas,dukacita dimaklumkan bahawa saya Muhammad Hafizzudin b Samsudin.pelajar daripada jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar ingin memohon pembatalan bagi menjalani latihan industri di TNB Kuala Kangsar.

Pembatalan untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya(JKR)

Hasrat saya untuk membuat pembatalan latihan industri di syarikat tuan bukanlah disebabkan saya tidak berminat untuk menjalani latihan industri di tempat tuan,puan,hal ini disebabkan saya telah dapat tawaran oleh pihak syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum surat dari syarikat tuan/puan sampai ke rumah saya.Ini membuatkan saya memilih  keputusan untuk mengambil syarikat tersebut menjadi tempat latihan industri.

Saya berharap agar permohonan bagi membatalkan tempat latihan industri di syarikat anda  dapat diluluskan dan segala usaha dan kerjasama daripada pihak syarikat anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Yang benar
Hafizzudin

(MUHAMMAD HAFIZZUDIN B. SAMSUDIN)
Pelajar Politeknik Ungku Omar

3 comments: