PENERANGAN
Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemaangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE,TNB,JKR dan Suruhanjaya tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.
Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:
i. Pemasangan baru
ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan dan pengubahsuaian.
iii. Pemasangan elektrik yang ada secara berkala mengikut perancangan atau perencanaan untuk tujuan penyelenggaraan.
iv. Ujian diatas permintaan pengguna atau arahan.ini biasanya apabila berlaku kerosakkan terhadap pemasangan.
v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada JKR.
4.3.1 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengan cara melihat,tujuan adalah seperti berikut
i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah mengikut piawai british (BS),piawai Malaysia (MS) yang diluluskan oleh pengerusi suruhanjaya tenaga(ST) dan sirim.sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat kelulsan berkenaan.
ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan IEE,TNB,JKR,ST dan lain-lain peraturan yang dikehendaki.
iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang disambungkan kepadanya.
4.3.2 SENARAI PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Pemeriksaan penglihatan sebagaimana yang disyorkan oleh pihak JKR adalah seperti berikut:
i. Setiap sambungan pada pengalir kebel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrik.
ii. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa
iii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat-tempat yang tidak terdedah yang boleh membahayakan keadaan.
iv. Pemilihan saiz kabel,penebat,kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian.
v. Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.
vi. Sambungan yang betul keatas soket,pemegang lampu dan alat-alat kawalan yang lain.
vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis,soket,,fius dan lain-lain mestilah diluluskan oleh pengerusi suruhanjaya tenaga dan sirim
viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian,contohnya bilangan point bagi sesuatu litar
ix. Konduktor bumi.
a) Perlindungan makanikal
b) Perlindungan dari karat
c) Sambungan yang kuat ke elektrod bumi
d) Mengikut saiz
x. Elektrod bumi
a) Saiz dan ukuran panjang
b) Jenis bahan
c) Kotak bumi (kebuk bumi)
d) Label amaran
xi. Tanda-tanda amaran dan pengenalan
a) Lebel pada suis gear dan gear kawalan
b) Pengenalan pada conduit dan trunking dengan cat bewarna oren
c) Tanda amaran kehadiran voltan 240v atau 415v
xii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus
a) Perlindungan dengan halangan
b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan
c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir
d) Perlindungan dengan penahan dan penutup
e) Perlindungan dengan penebatan ke atas behagian-bahagian hidup
4.3.3 ALAT-UJI PENEBATAN
PENERANGAN
Alatuji penebatan digunakan untuk menguji penebatan sesuatu peralatan atau kabel elektrik.alat ini boleh mengeluarkan voltan 500V,1000V dan 5000V DC bergantung pada jenisnya untuk ujian penebatan pemasangan 240V,415V,11KV.
Pada masa dahulu alat ini adalah jenis putar dengan tangan untuk memusingkan generator didalamnya dan mengeluarkan voltan untuk ujian.namun begitu ianya masih lagi terdapat dipasaran.pada masa kini alat tersebut telah menggunakan bateri dan tidak perlu lagi putaran tangan.hanya dengan menekankan butang ujian alat tersebut akan berfungsi.ia mudah digunakan berbanding dengan jenis putar dengan tangan tetapi memerlukan 8 buah bateri saiz kecil dan perlu ditukar apabila lemah.alat uji penebatan jenis YEW boleh digunakan untuk mengukur voltan AC.
ALAT UJI MULTIMETER
PERHATIAN SEBELUM MENGGUNAKAN
PERIKSA BATERI
Kekuatan beteri alat ini (jenis yang menggunakan bateri ) hendaklah diperiksa dahulu.caranya seperti berikut :
i. Secara serentak sentuh kedua-dua pin di dipol terminal alat yang terletak disebelah kanan alat dengan wayer uji line.
ii. Jika jarum penunjuk berada didalam tanda b pada sekil meter maka bateri masih baik.jika jarum penunjuk gagal sampai ketanda b bateri perlu ditukar.
PERIKSA PENGUJI
UNTUK JENIS PUTAR DENGAN TANGAN-Sebelum menguji tentukan penguji ini elok.caranya : sentuhkan punca line dan punca earth dan putar pemutar sedikit dan perlahan-perlahan.jika jarum membalik ke kosong ‘0’ maka penguji itu elok.
Apabila jarum penunjuk menunjukkan pada ‘0’ hentikan putaran sebab penguji akan terbakar jika terus berputar untuk beberapa lama.
Tentukan julat penguji adalah pada megaohm sebelum menguji sesuatu litar.untuk mendapatkan bacaan yang tepat baru gunakan nisbah bersesuaian i.e megaohm atau ohm.
UNTUK JENIS BATERI-litarpintaskan kedua-dua hujung wayer line dan earth penguji dan tekan punat tekan.jika jarum penunjuk kosong maka alat tersebut adalah baik.
CARA MENGUKUR PENEBATAN
Sambungkan peralatan yang hendak diuji diantara punca line dan punca earth seperti yang ditunjukkan.
Untuk jenis putaran dengan tangan – putarkan tangkai pemutar kepada kelajuan 120 rpm seminit supaya voltan yang tetap akan melalui litar itu dan penunjuk akan menunjukkan nilai rintangan penebatan yang diuji.
Perhatian : tangkai pemutar boleh diputar mengikut pusingan jam atau melawan pusingan jam.
Untuk jenis menggunakan bateri – tekan butang uji sehingga jarum penunjuk menunjuk berada dalam keadaan tetap dan bacalah rintangan penebatannya.
Untuk ujian secara berterusan tegakkan butang tekan dan ia akan berada didalam keadaan sentiasa on.setelah selesai kembalikan butang tekan tersebut kepada keadaan asal.
PERHATIAN SEMASA MENGUKUR
Apabila mengukur sesuatu litar dimana satu bahagiannya terbumi sambungan bahagian yang terbumi kepada punca earth pada alat penguji.didalam keadaan ini dawai penyambung kepada punca line mestilah diletak berjauhan dari bumi dan barang lain.
Apabila mengukur litar yang tidak terbumi mana-mana bahagiannay litar ini boleh disambung kepada punca line atau punca earth atau sebaliknya.
Punca guard hanya dipakai apabila rintangan isipadu (volume resistance) perlu diukur dengan tidak dipengaruhi oleh kebocoran rintangan permukaan.
Seumpama apabila ukuran rintangan keatas satu kabel dibuat gelungkan satu wire tak bersalut kepada bahan penebat dan sambungkan wire ini kepada punca guard.dengan langkah ini arus bocor yang mengalir pada permukaan bahan penebat tidak akan melalui penunjuk.maka rintangan isipadu sahaja diukur.
MENGUKUR VOLTAN A.C
Alat ini juga boleh mengukur voltan tetap julatnya hanya 300V A.C.untuk menguji voltan sambungkan punca LINE dan punca EARTH kepada litar itu dan baca sekil ‘AC V’.semasa menguji voltan tangkal pemutar tidak boleh diputar.
Jiak fius putus penunjuk akan menunjukkan kepada tanda’*’ apabila bacaan rintangan rendah dibuat.buka bahagian belakang alat ini dan tukarkan fiusnya.
ALAT UJI ELEKTROD BUMI
PENGENALAN
Alat uji ini digunakan untuk mengukur nilai rintangan elektrod bumi.ini termasuk elektrod pemasangan elektrik atau elektrod bumi penangkap kilat.nilai rintangan elektrod bumi sangatlah mustahak dipastikan supaya tidak melebihi nilai maksima yang dibenarkan oleh peraturan.ia sepatutnya diperiksa secara berkala untuk menjamin keselamatan sesuatu pemasangan elektrik.
Alat ini juga boleh mengukur voltan elektrod bumi pemasangan tetapi bukan pembumian penangkap kilat.voltan sehingga 30V AC boleh diukur.voltan ini merupakan voltan aruhan daripada system pemasangan.voltan elektrod bumi tinggi menunjukkan arus bocor kebumi yang tinggi, mungkin disebabkan alat elektrik yang rosak atau sisitem pembumian itu sendiri yang rosak.voltan elektrod bumi yang tinggi adalah merbahaya.
Alat ini mempunyai tiga elektrod (spike) dan menggunakan prinsip AC potentiometer bridge.dua elektrod bumi digunakan sebagai tambahan kepada sistem pembumian yang diuji sebagai untuk melengkapkan litar bridge.
Litar A.C bridge menggunakan 500hz transistor inverter dan synchronous detector.perimbangan bridge ditunjukkan oleh galvanometer.
CARA PENGGUNAAN
a) PENYAMBUNGAN ELEKTROD
Tiga terminal alat ini melebalkan sebagai E,P dan C.terminal E adalah untuk elektrod yang hendak diuji.P adalah elektrod bumi tambahan dan merupakan titik tengah rintangan bridge dan ia akan digunakan untuk mengukur voltan pada elektrod bumi yang diuji.elektrod C membekalkan arus kepada rintangan bridge.sambungkan terminal-terminal seperti ditunjukkan rajah dibawah:
Sambungan dibuat dengan menggunakan wayer dan spike yang telah tersedia.sebaik-baiknya :-
i. Jarak satu hendaklah 5 hingga 10 meter
ii. E,P dan C hendaklah dalam kedudukan sebaris
iii. Galangan wayer terutama wayer penyambung kepada elektrod bumi yang hendak diuji hendaklah rendah.
iv. Rintangan bumi elektrod yang diuji sepatutnya rendah.
v. Wayer-wayer penyambung hendaklah ditarik sehingga tegang betul dan meliputi panjang wayar
b) MASALAH PRAKTIKAL
Masalah selalunya dihadapi untuk menempatkan elektrod tambahan terutamanya dikawasan Bandar yang mana ia dikelilingi oleh bangunan dan permukaan tanah bersimen.pemasangan ini biasanya menggunakan kemudahan pembumian pihak pembekal.
c) PENGUKURAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
Halakan suis pemilih ke ‘ohm’.tekan butang push button dan pusingkan sekali dail sehingga galvanometer menjadi seimbang iaitu apabila jarum penunjuk berada ditanda.setelah seimbang rintangan elektrod bumi boleh dibaca dalam unit ohm pada sekil dail yang bertentangan dengan index.
Jika jarum penunjuk galvanometer tidak dapat seimbangkan atau ia tidak boleh diam pada sesuatu kedudukan walaupun dail telah dipusingkan dengan banyak ini menunjukkan kemungkinan terdapat kerosakkan wayer atau elektrod dan ia perlulah diperbaiki.
Untuk memastikan hasil ujian betul,dua lagi ujian harus dilakukan iaitu satu dengan mengalihkan elektrod uji P berdekatan dengan E dan satu lagi berdekatan dengan C dengan jarak lebih kurang 3 meter dari kedudukan asalnya.kedudukan ini hendaklah masih lagi sejajar (in line) dengan elektrod E dan C.
Jika ketiga –tiga bacaan sama maka ianya betul.jika tidak sama mungkin terdapat kawasan rintangan bumi berlapis.oleh itu jarak antara E dan C hendaklah dijauhkan lagi sehingga ketiga-tiga bacaan didapati sama.jika bacaan itu melebihi had maksima yang dibenarkan maka tambahan elektrod bumi perlu diadakan.ia hendaklah disambung dengan elektrod bumi yang utama tadi.buat tiga kali ujian seperti di atas sehingga bacaan yang betul diperolehi.
Rintangan bumi elektrod ujian P dan C hendaklah serendah mungkin,tetapi dibawah 5 atau 10 kilo ohm.nilai ini hendaklah juga sesuai dengan sitem perlindungan yang digunakan dan peraturan IEE dan JKR yang berkenaan.
Untuk kawasan yang berbatu atau berpasir dimana rintangan buminya tidak baik penggunaan jarring besi adalah satu cara untuk membaikinya.sebelum ujian dijalankan air masin hendaklah dituangkan kepada jarring dawai tadi.
ALATUJI TONG (CLAMP METER)
PENGENALAN
Alatuji ini kebiasaannya adalah untuk mengukur arus pada pemasangan tanpa membuat sambungan,oleh itu ia cepat dan mudah berbanding dengan menggunakan jangka ampiar biasa yang memerlukan sambungan.
Walaupun begitu alat ini boleh juga digunakan untuk mengukur rintangan dan juga voltan.
Peringatan-untuk mengukur bacaan arus segala sambungan yang ada iaitu ohmprobe hendaklah dicabut dari alat ini,kalau tidak fius dalam alat ini akan terbakar.ohmprobe hanyalah digunakan untuk pengukuran rintangan dan voltan.
Cara pengunaan
Sebelum mengukur arus pada sesuatu pengalir,julat (range) arus alat ini hendaklah disetkan kepada julat yang tertinggi (1000A).cara ini dapat mengelakkan kerosakan kepada alat.
Jika telah dapat mengagak nilai arus yang mengalir didalam litar tersebut,bolehlah disetkan julat yang difikirkan sesuai.pemilihan dibuat dengan memutar ‘range selector’ pada alat tersebut.
ALAT UJI RCCB
PENGENALAN
Alatuji ini adalah untuk menentukan sesuatu RCCB yang dipasang dalam keadaan baik dan mempunyai kepekaan yang sepautnya,seperti yang tertera pada alat tersebut.
Ia juga memberitahu kita masa yang diperlukan untuk RCCB terpelantik,selalunya dalam millisecond.
Ia juga boleh mengukur rintangan lingkaran rosak kebumi (Earth Fault Loop Resistance)
CARA MENGGUNAKANNYA
a. Masukkan plug top alat ini kedalam sket alir keluar yang mana RCCBnya hendak diuji.atau boleh juga disambung teras kepada RCCB dengan menggunakan wayer yang sesuai.
b. On kan bekalan.
c. Jika tanda ‘ ‘ keluar bermakna ujian tidak dibenarkan selama 5 saat.ini adalah untuk keselamatan alat.
d. Pilih arus ujian dengan memutar dail.
e. Tekan dan jangan lepaskan butang tekan.alat ini akan menunjukkan masa yang diambil oleh RCCB untuk terpelantik.ia akan menunjukkan selama 10 saat sahaja.sila ulang ujian jika tidak sempat mencatit becaan tersebut.jika RCCB dalam keadaan baik bacaannya tidak melebihi 200 milisecond.
Tandakan ‘+’ dan ‘-‘ menunjukkan keadaan positive atau negative pada gelombang sinusoidal dimana ujian tersebut dibuat.
f. Tanda ‘1’ menunjukkan kegagalan RCCB untuk terpelantik dalam masa 200 milisecond.ini bermakna RCCB tersebut tidak baik.
PENGUKURAN RINTANGAN LINGKARAN ROSAK KEBUMI
a. Masukan plug top alat ini ke soket alir keluar
b. Pilih julat 0 – 10 ohm dengan memutar dail
c. Tekan dan jangan lepaskan butang tekan
d. Bacaan akan ditunjukkan (dalam ohm)
e. Jika tiada bacaan ditunjukkan ini bermakna bacaan melebihi julat yang dipilih.oleh itu tukar kepada julat yang lebih tinggi dan ulang semla ujian.
No comments:
Post a Comment