Saturday, December 11, 2010

JKR KUALA KANGSAR

          LATAR BELAKANG ORGANISASI


Rajah :bangunan JKR Daerah Kuala Kangsar

Nama organisasi :        JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA KANGSAR
Alamat                        :          JABATAN KERJA RAYA
                                    JALAN TAIPING,
                                    33000 KUALA KANGSAR,
                                    PERAK DARUL RIDZUAN
Email               :           www.jkrperak.gov.com


PENGENALAN
Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar merupakan sebuah agensi jabatan teknikal yang berperanan sebagai agensi perlaksanaan utama bagi projek pembangunan daerah ini  untuk pelbagai Kementerian, Badan Berkanun dan Kerajaan Negeri.  Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar diketuai oleh seorang Jurutera Daerah.  Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar mempunyai beberapa bahagian dan dengan adanya bahagian – bahagian tersebut, maka objektif serta tugas Jabatan Kerja Raya dapat dijalankan dengan sempurna.


Rajah : stor jkr kuala kangsar



Jabatan Kerja Raya ( JKR ) bertanggungjawab terhadap:
1.      Perancangan dan reka bentuk pembinaan projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang dan jeti.
2.      Operasi dan penyelenggaraan jalan dan bangunan kerajaan.
3.      Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan di peringkat daerah.

 OBJEKTIF KUALITI NEGERI PERAK

1.      Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui dengan varian 10%
2.      Ke arah perbelanjaan pelaksanaan projek mengikut kos projek yang dipersetujui dengan varian 10%
3.      Ke arah perbelanjaan tahunan pelaksaan projek mengikut keperluan peruntukan tahunan dengan varian 10%
4.      Ke arah produk berkualiti yang mematuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% ( berdasarkan kepada borang kajian kepuasan pelanggan )
5.      Kearah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dimana kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan cirri-ciri berikut :

                                i.            Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
                              ii.            Keselamatan penggunaan
                            iii.            Kemudahan senggaraan
                            iv.            Mutu ketukangan ( workmanship )
Nota :
Jenis aduan bermaksud
Kerosakan / kecacatan/kegagalan satu-satu komponen dalam produk tanpa mengira ulangan kerosakan yang sama berdasarkan kepada lokasi atau skop.




OBJEKTIF JABATAN
Untuk Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Khususnya Jalan, Bekalan Air, Bangunan Lapangan Terbang, Pelabuhan Dan Pangkalan Bagi Memenuhi Keperluan Pembangunan Negara Dengan Sentisa Memberi Tumpuan Kepada:-
        i.            Jangka masa secepat yang mungkin
      ii.            Kos yang ekonomik
    iii.            Rupa bentuk dan mutu yang terbaik
JKR Perak bersedia menyerahkan Projek Yang Menepati KUALITI, MASA & KOS Yang Ditetapkan


MISI JABATAN
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
        i.            Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategic
      ii.            Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif
    iii.            Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua kakitangan.
    iv.            Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
      v.            Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
    vi.            Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  vii.            Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
viii.            Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan



MISI KORPORAT
Memberi khidmat dan nasihat teknikal kepada Kerajaan, Kementerian dan Jabatan dalam perancangan, rekabentuk dan kemudahan awam yang meliputi Jalanraya, Bangunan, Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Pengkalan.


VISI JABATAN

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini


DASAR KUALITI
        i.            Jabatan Kerja Raya Negeri Perak adalah komited bagi menghasilkan produk berkaliti yang memenuhi kepuasan pelanggannya berasaskan kepada amalan profesionalisme yang terbaik.
      ii.            Jabatan Kerja Raya Negeri Perak akan memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas sistem pengurusan kualiti.
    iii.            Semua warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perak perl menghayati dan memahami Dasar Kualiti JKR.

FUNGSI JABATAN
        i.            Merancang, Memeriksa, Merekabentuk dan Melaksanakan kemudahan infrastruktur.
      ii.            Menjalankan dimana yang perlu kemudahan infrastruktur.
    iii.            Menyelenggara kemudahan infrastruktur.
    iv.            Memberi khidmat nasihat mengenai perkara-perkara teknikal kepada kerajaan, kuasa-kuasa tempatan dan badan-badan berkanun.
 

PIAGAM PELANGGAN

JKR Perak berjanji akan melaksanakan dan menyelenggara projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di semua kawasan di bawah bidang kuasa JKR Perak dengan sentiasa memberi penekanan kepada:-
·         Jangkamasa secepat yang mungkin
·         Kos yang ekonomik
·         Rupabentuk dan mutu yang terbaik
·         Keselamatan dan keselesaan pengguna
Di dalam memberi perkhidmatan di atas kami bertekad bahawa:- Projek-projek yang dilaksana disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aduan-aduan yang diterima disiasat dalam tempoh tidak melebihi tiga hari. Kerja-kerja pembaikan segera dijalankan dalam tempoh tidak melebihi satu minggu.
1.      Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dalam melaksanakan projek-projek pembangunan untuk agensi-agensi pelanggan supaya dapat memenuhi objektif berikut:
                                     i.            Senibina dan rekabentuk yang berkualiti merangkumi ciri-ciri keselamatan, ketahanan dan keselesaan pengguna.
                                   ii.            Kos yang ekonomik
2.                 Mengambil tindakan segera terhadap aduan-aduan kerosakan jalan dan bangunan yang diterima dari pelanggan dalam tempoh seperti berikut:
a.       Aduan-aduan kecemasan-24 jam.
b.      Aduan-aduan biasa-3 hari.
3.                 Menjalankan kerja-kerja penyelanggaraan jalan dan pemeriksaan berjadual untuk jalan, jambatan dan jeti dalam tempoh seperti berikut:
a.       Pemeriksaan jalan- setiap 3 bulan.
b.      Pemeriksaan jambatan dan jeti- setiap 6 bulan
4.                   Bertindak sebagai penasihat kepada agensi-agensi pelangan yang
      memerlukan perkhidmatan kepakaran teknikal.


A: Aktiviti : Jalan
Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Penguna Jalan Raya
Mereka bentuk dan melaksanakan projek pembinaan jalan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam memastikan pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat , mudah dan selesa :
·         Setiap kerja pembaikan diatas jalan raya akan dilengkapi dengan papan - papan tanda dan alat amaran lain yang secukupnya.
·         Tindakan untuk memperbaiki lubang - lubang ( potholes ) di atas turapan jalan yang merbahayakan lalulintas akan diambil dalam masa tidak melebihi 24jam setelah aduan diterima / dikenalpasti
·         Sekiranya berlaku dalam keadaan yang menggangu lalulintas atau keselamatan awam , seperti pokok - pokok tumbang atau tanah runtuh , tindakan sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.
·         Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media masa sekurang - kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan
Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan selepas menerimanya .


B. Aktiviti : Bangunan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh perlaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi
·         20 bulan bagi pelan piawaian.
·         24 bulan bagi reka bentuk baru
Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh pelaksanaan dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
·         22 bulan bagi pelan piawaian.
·         36 bulan bagi reka bentuk baru

C: Aktiviti : Lapangan Terbang Dan Pelabuhan
Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh perlaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :
·         20 bulan bagi pelan piawaian.
·         24 bulan bagi reka bentuk baru
Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh pelaksanaan dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :


SISTEM PENTADBIRAN

Secara umumnya, Jabatan Kerja Raya Terengganu terbahagi kepada 7 bahagian utama iaitu:
1.      Bahagian Pentadbiran.
2.      Bahagian Bangunan.
3.      Bahagian Jalan.
4.      Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak.
5.      Bahagian Bantuan.
6.      Pasukan Pengurusan Projek
7.      Bahagian Arkitek

BAHAGIAN PENTADBIRAN
Bahagian Pentadbiran merupakan unit pentadbiran bagi melaksanakan dasar yang berkaitan dengan kerja raya dan kawalan peruntukan, kewangan untuk pejabat .

Antara unit-unit yang terdapat dalam Bahagian Pentadbiran ialah:
a)      Unit Perkhidmatan.
b)      Unit Perjawatan.
c)      Unit Pentadbiran Am.
d)     Unit Tatatertib dan Naik Pangkat.
e)      Unit Latihan dan Peperiksaan.
f)       Unit Rekod.

BAHAGIAN BANGUNAN


Bahagian bangunan merupakan satu badan penyelaras di dalam segala aktiviti yang berkaitan dengan mereka bentuk struktur-struktur dan melaksanakan projek bangunan kerajaan dan penyelenggaraan bangunan kerajaan yang sedia ada.

Selain daripada itu, badan ini juga menyelaraskan penyelenggaraan bangunan dan kuarters.  Bahagian Bangunan berfungsi untuk :

1.      Mengelola dan menyelaraskan perlaksanaan projek-projek bangunan Persekutuan dan Negeri.
2.      Menyelaraskan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri.

BAHAGIAN JALAN
Bahagian Jalan merupakan satu badan penyelaras yang merancang dan melaksanakan projek serta menyelenggara jalan-jalan, jambatan dan jeti termasuk menaikkan taraf infrastruktur yang sedia ada termasuk permukaan jalan untuk keselesaan para pengguna dan pertumbuhan ekonomi setempat.
Bahagian jalan berfungsi untuk:

1.      Melaksanakan projek-projek  jalan dan jambatan bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
2.      Menyelenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berad dalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna.

Terdapat dua kategori jalan yang terlibat iaitu:
1.      Jalan Negeri.
2.      Jalan Persekutuan.

BAHAGIAN UKUR JALAN DAN KONTRAK
Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak adalah bahagian yang mengurus dan mentadbir semua urusan kontrak yang berkaitan dengan bangunan, jalan serta menyelia tawaran sebut harga bagi bangunan dan jalan.
      Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak berfungsi untuk :

1.      Bertindak sebagai satu Pusat Penasihat ( advisory ) terhadap masalah-masalah yang timbul melibatkan aspek-aspek kontraktual.
2.      Sebagai satu pusat penting yang menyelaraskan tugas-tugas pentadbiran / pengurusan kontrak meliputi pemprosesan Pra-Kontrak, Pos Kontrak dan lain-lain skop Pengurusan Kontrak yang melibatkan Surat Pekeliling Kontrak, Peraturan Kewangan dan Perundangan.

BAHAGIAN BANTUAN
Bahagian ini diwujudkan untuk membekalkan kepakaran tambahan yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan utama pembinaan dan penyelenggaraan.Unit-unit dalam bahagian Bantuan ialah:.
               i)       Unit Stor
               ii)      Unit Elektrik
               iii)     Unit Mekanikal


KOD ETIKA


TUJUAN
Kod Etika JKR,Perak Darul Ridzuan digubal dengan tujuan bagi memastikan konsistensi piawai tatakelakuan oleh setiap warganya demi menjadikan jabatan mempunyai krebiliti,integrity dan akauntabiliti yang tinggi dalam semua tindakan semasa melaksanakan Visi,Misi dan Objektif Jabatan.
KONSEP
Kod Etika JKR,Perak Darul ridzuan dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat dan budaya demi kepentingan Perkhidmatan Awam Malaysia.
KOD ETIKA
Setiap warga Jabatan Kerja Raya ,Perak Darul Ridzuan adalah dikehendaki mengamalkan Kod Etika seperti berikut:-
        i.            Budaya kerja
Sebagai anggota perkhidmatan awam,kami akan sentiasa menjunjung kepentingan Negara melalui sikap keempunyaan (ownership) yang tinggi pada masa demi kejayaan program kerajaan dan swasta.

      ii.            Profesionalisme
Melaksanakan tugas dengan penuh komitmen,bertanggungjawab dan cekap secara proaktif,inovatif dan kreatif melalui penggunaan ilmu terkini dan kemahiran kea rah pretasirja yang cemerlang.

    iii.            Integriti
Mempunyai displin yang tinggi dan beramanah dalam melaksanakan tugas secara telus dan dengan akauntabiliti selaras dengan ikrar integrity perkhidmatan awam bagi mematuhi undang-undag,peraturan dan arahan yang ditetapkan demi memelihara kepentingan awam

    iv.            Semangat kerja berpasukan
Mengamalkan budaya kerja berpasukan yang muhibah dan mesra,saling hormat menghormati dengan budi oekerti yang tinggi serta berkongsi maklumat dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan.

      v.            Kerahsiaan
Merahsiakan rahsia jabatan dan kerajaan serta sentiasa taat setia menjaga nama baik jabatan.

    vi.            Perbelanjaan berhemah
Melaksanakan tugas atau projek berasaskan kepada kepentingan Negara dan rakyat melalui penggunaan sumber secara ekonomi dan amalan terbaik serta disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

  vii.            Mesra pelanggan
Sentiasa mengamalkan budi pekerti yang tinggi dengan sikap hormat menghormati dalam perhubungan antara warga jabatan dan dengan orang awam.





SKOP LATIHAN INDUSTRI


Skop Latihan Industri pada asasnya memberikan lebih penekanan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang alam pekerjaan .  Ini adalah penting supaya para pelajar dapat memahami dan menyerap budaya kerja apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar nanti .  Di samping itu juga , dengan adanya Latihan Industri ini secara tidak langsung akan mematangkan pemikiran para pelajar agar boleh berfikir secara rasional dalam menghadapi masalah .  Selain itu , sifat amanah dan bertanggungjawab dapat di pupuk dalam jiwa para pelajar dengan melakukan tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan .



DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN JKR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Sejajar dengan peruntukan Seksyen 16 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), adalah menjadi dasar JKR Negeri Perak Darul Ridzuan untuk memastikan semua pekerjanya dan orang lain yang mungkin terlibat dan terjejas oleh aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan.
Dasar Keselamatan Dan Kesihatan JKR Negeri Perak Darul Ridzuan ialah :
·         Untuk menyediakan dan menyenggara sesuatu tempat kerja dan system kerja yang selamat dan sihat.
·         Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah di beri maklumat,arahan,latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
·         Untuk melapor,menyiasat dan merekod setiap kejadian merbahaya dan kemalangan yang bolehh atau telah menyebabkan kecederaan serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi
·         Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan
·         Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu kea rah penambaikan secara berterusan


JKR Negeri Perak Darul Ridzuan yakin kecemerlangan dan kerjayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat mencapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan pekerjanya.



1 comment:

  1. salam.. saya nak bertanya, pasal tanah tepi jalan. menjadi satu kesalahan ke membuat bangunan warung kedai tepi jalan?? sebenarnye tepi jalan itu adalah longkang. sebelum ni tuan rumah tepi jalan to buat kdai biasa je. bila dia sewakan kdai to. pnyewa to menambah menaikkan bata. apa kuasa jkr dgan kelakuan ito, jkr berhak roboh kn ke? keadaan menganggu depan rumah org to.

    ReplyDelete