Monday, February 14, 2011

CARA MEMBUAT COVER LETTER (RESUME)

  
KD 85, Kampong Langkap Ketior,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan


18 November 2011


The Personal Manager
Jabatan Kerja Raya
Daerah Kuala Kangsar
33000 Kuala Kangsar, Perak

Dear Sir


Application for the Post of Technician


I refer to your advertisement for the above post which was advertised in the star dated 17 November 2011.

I am interested in applying for the above position and I believe I have the qualification and experience you require. I have gone through industrial training in government departments namely jkr kuala kangsar. I have rather certificate in electrical engineering in ungku omar polytechnics. All the details and qualifications and experience are contained in my CV which is attached.

My experience in the field of work has given me the necessary exposureto make a valuable contribution in achieving your company’s objective.

Since I have heard so much about your fast  growing company, I consider it a privilege to work with you. I hope you will grant me the opportunity for an interview to convince you of my suitability as technician in your in your company.


I look forward to hearing from you soon.


Yours faithfully

………………………
(Muhammad Hafizzudin B. Samsudin)


Saturday, February 5, 2011

LELAKI AKTIFKAN DIRIMU! BUKU YG MENARIK BAGI KAUM ADAM..


Lelaki Aktifkan dirimu
Fadzilah Jabar

Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-626-9
Halaman: ~288
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Dis 2010
Kategori: Umum
Sinopsis

SIAPA kata lelaki tidak perlu ambil pusing tentang penjagaan diri? Padahal, menjaga kesihatan dalaman itu sangat penting demi melahirkan penampilan luaran yang hebat dan bertenaga. Malah, cabaran untuk mengekalkan tahap terbaik kualiti kesihatan kaum Adam tidaklah sesukar mana yang sering difikirkan. Anda hanya perlu positif dalam meningkatkan usaha dan gandakan pengetahuan semaksima mungkin. Jadi, bukan hanya wanita perlu jaga kesihatan untuk kekal menawan, lelaki juga harus sahut cabaran yang sama!

LELAKI, AKTIFKAN DIRIMU! merupakan kompilasi artikel daripada majalah Rapi terbitan Grup Media Karangkraf. Melalui buku ini, ketahui fakta-fakta kesihatan yang sering menghantui kaum Adam. Selain itu, tip-tip menarik turut dimuatkan bagi membantu anda menangani masalah kesihatan dengan bijak sekali gus mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.
Dalam peredaran zaman yang serba pantas ini ,bukan sahaja wanita ,malah kaum lelaki juga perlu menitiberatkan tentang penjagaan diri .hal ini sangat penting demi mengekalkan tahap terbaik kualiti kesihatan kaum adam .tambahan pula ,tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita membuatkan lelaki perlu kekal cergas ,sihat ,aktif dan kemas sepanjang masa .sudah tentu usaha dan pengetahuan perlu digandakan.

SEMOGA TERUS SIHAT, CERGAS DAN BERTENAGA!

Friday, February 4, 2011

KHATAN WANITA MASIH POPULAR



SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan


BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.
Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.
“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.
“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.
“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.
Amalan dituntut
Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.
“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.
Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.
“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.
“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.
“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.
Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.
Kerat 1.3 sentimeter
“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan


“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).
“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.
Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.
“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.
“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.
“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.
Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.
Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.
“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.
Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.
“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.
SUMBER ARTIKEL DARI KOSMO

PERKARA-PERKARA PENTING TENTANG MANDI WAJIB



Kajian dilakukan menunjukkan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajib nya. Saya kongsikan artikel ini agar ianya menjadi panduan buat semua. Silashare atau forward artikel ini kepada kawan-kawan yang lain. Kalau malas sangat nak baca semua, baca point-point penting yang saya highlight kan tu.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Cara Mandi wajib yang betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Point penting : Mandi wajib mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan iaitu BERDIRI dan MENCANGKUNG. Tujuannya ialah supaya AIR DAPAT DIRATAKAN PADA SELURUH ANGGOTA BADAN.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara ;
  • Pertama, niat.
  • Kedua , menghilangkan najis di badan.
  • Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Point penting Niat mesti dibuat ketika mana air menyentuh mana-mana bahagian anggota badan. Jika terlambat niat, dia mesti berniat semula dan memastikan air diratakan keseluruh anggota badan selepas berniat.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Point penting : Pewarna menghalang air daripada sampai kepada rambut. Jadi, siapa yang warna rambutnya dengan pewarna (walaupun pewarna rambut itu ada sijil halal JAKIM), dia mesti buang pewarna itu dulu sebelum mandi wajib. Jika tidak, mandi wajibnya tidak sah.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu ;
  • kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
  • kerana keluar air mani
  • kerana mati
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu;
Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur. Itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Point penting : Selepas bersetubuh pada waktu malam, kalau malas mandi, ambil lah wudhu sebelum tidur. Hukumnya sunat, kalau tak ambil wudhu, jadi makruh. Namun, lepas bangun tidur, janganlah lupa untuk mandi wajib pula.

Sekian, semoga apa yang dikongsikan memberikan manfaat untuk semua.




Thursday, February 3, 2011

DIMANAKAH KEHEBATAN DATUK LEE CHONG WEI BILA BERHADAPAN DENGAN LIN DAN (CHINA)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia ,Hari ini saya ingin mengulas satu tajuk dari petikan akhbar .Apabila saya membaca akhbar saya lebih tertarik pada bahagian info sukan dan sentiasa mengambil perkembangannya .Salah satu etlit sukan yg saya minati ialah Datuk Lee Chong Wei...Sejak-sejak ini terdapat banyak kritikan dan kata-kata yang kurang enak didengari .Hanya satu soalan yang saya ingin tanya ialah  apakah wajar Datuk Lee Chong Wei memperbaiki dan berkerja keras untuk menepis segala kritikan itu.

Di dalam akhbar juga telah mengeluarkan artikel yang bertajuk "Raja Siri Super Tersungkur" yang ditujukan kepada Datuk Lee Chong Wei iaitu pemain No.1 Dunia .Kita masih mengharapkan sentuhan dari pemain badminton tersebut untuk menjuarai setiap pertandingan tanpa mengira siapa saingan terutamanya bila Datuk Lee Chong Wei berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan (China).

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pemain perseorangan badminton negara ,Datuk Lee Chong Wei hanya mampu menjuarai sesuatu kejohanan tanpa kehadiran bintang sensasi China ,Lin Dan .Buktinya cukup jelas apabila beliau terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan apabila tewas pada final kejohonan Badminton Siri Super Primier terbuka Korea Selatan 2011.

Saya bukan mahu memperkecilkan kemampuan Datuk Lee Chong Wei tetapi terasa pelik apabila setiap kali dia berhadapan dengan Lin Dan pasti peluang untuk dia mencatatkan kemenangan dilihat amat sukar sekali. Malah ada yang meramalkan Lee Chong Wei pasti tewas andai berhadapan dengan Lin Dan pada final dan ia dilihat memang ada kebenarannya.

Apa sebenarnya kekurangan Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan Lin Dan??? Cuba anda fikirkan...

Berdasarkan kedudukan ranking ,Chong Wei merupakan pemain No 1 Dunia manakala Lin Dan pula sekadar menghuni ranking ke Empat Dunia .kalau diikutkan Chong Wei yang sepatutnya lebih kuat berbanding Lin Dan??.
Ternyata kedudukan ranking bukan ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat kerana situasi yang dialami Chong Wei itu sudah cukup bagi menceritakan segala-galanya.

Friday, January 28, 2011

SIRAH : PEMBINAAN MASJID & PEMBENTUKAN NEGARA

PEMBINAAN MASJID & PERANANNYA
       Maksud Masjid dlm tajuk : Satu kawasan samada mempunyai bangunan atau   
                                              tidak yang dikhaskan dan diniatkan utk dijadikan masjid.

MASJID-MASJID UTAMA DALAM ISLAM
Masjidil- Haram
Masjid an-Nabawi
Masjidil-Aqsa
·         Masjid  pertama  didirikan dunia &adlh  tempat suci pertama dlm Islam
·         Terletak di Mekah     al-Mukarramah
·         Didirikan  oleh Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail
·         Dikenali juga sebagai Baitullah al-Haram

·         Kelebihan solat di masjid ini seratus ribu kali ganda dari  tpt lain
·         Tempat suci kedua dalam Islam


·         Terletak di Madinah   al-Munnawarah       
·         Didirikan oleh Rasulullah saw & penganut  Islam setelah berhijrah ke Madinah pd tahun pertama hijrah
·         Kelebihan solat di masjid ini seribu kali ganda dari tpt lain

·         Masjid ke dua didirikan  & merupakan tempat suci kedua dlm Islam
·         Terletak di Jurusalam, .Palastin
·         Didirikan oleh Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman
·         Dikenali juga sebagai Baitul Maqdis
·         Kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan  menukar kiblat ke arah masjidil - Haram
·         Tpt Rasulullah singgah sebelum naik ke langit dlm peristiwa Isra' Mikraj

Peranan /Fungsi  Masjid Dalam Pembentukan Negara Islam



Pusat Ibadat
Masjid menjadi tempat tumpuan umat Islam utk mengerjakan ibadat fardu & sunat
 Spt  : solat berjemaah,solat Jumaat,baca Al-Quran



Pusat masyarakat
Masjid menjadi tempat umat Islam berhimpun utk merancang & melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
 Spt :  menyelesaikan masalah rumahtangga, perhimpunan


Pusat pendidikan& ilmu pengetahuan
Masjid digunakan sebagai tpt memberi & menerima ilmu pengetahuan dunia & akhirat.
 Cth :Raulullah menggunakan masjid utk   
         mendidik & menyampaikan ilmu
         pengetahuan kpd umatnya.


Pusat ekonomi
Masjid dijadikan sebagai tempat pengurusan & pentadbiran ekomoni
 Spt : zakat,harta wakaf, jiziah(cukai)





Pusat politik

Masjid  dijadikan tempat bermesyuarat tentang hal-hal
berkaitan masyarakat  & negara.
 Spt : merancang strategi & taktik peperangan,  
         Tempat pertemuan  diplomatik& deligasi  
         dari negara Islam & bukan Islam



Pusat seni
Masjid menjadi tempat kegiatan kesenian
 Spt : tpt memperdengarkan bacaan Al Quran
        & Qasidah, membaca syair.


Kesimpulan :
             Masjid pada zaman Rsulullah digunakan untuk    menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat  menyatukan ummah . Masjid merupakan wadah bagi Rasulullah megembeling  keimanan &ketaqwaan umat kearah pembentukan negara Islam yang  diredai Allah



Tuntutan Memakmurkan Masjid
      Islam menuntut umatnya memakmurkan masjid. Tuntutan tersebut          
      jelas  dalam Surah at-Taubah:  ayat 18.:

     Maksud ayat:
             '  Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah. Ialah 
               orang yang beriman kepada Allah & hari kemudian serta tetap
               mendirikan solat, zakat & tidak takut (kpd sesiapa pun) selain   
              Allah  Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk ke         
              dalam gol orang-orang yg mendapat petunjuk'


Apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memenuhi tuntutan Allah supaya memakmurkan masjid ?


LANGKAH / CARA MEMAKMURKAN MASJID
  • Menunailan solat fardu secara berjemaah
  • Melaksanakan program majlis ilmu yang terancang
  • Melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan bangunan & kawasan masjid
  • Menggunakan masjid untuk aktiviti kemasyarakatan
         spt mesyuarat,kursus ,Kenduri
  • Menyediakan kemudahan untuk orang musafir solat & berehat