Tuesday, December 7, 2010

KEPENTINGAN TENAGA ELEKTRIK


Tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan.  Setiap hari kita menggunakan peralatan – peralatan elektrik.  Dalam dunia yang serba maju ini, kita semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.  Kepentingan tenaga elektrik dan kegunaanya adalah terlalu banyak untuk dinyatakan.
Penggunaan peralatan- peralatan elektrik juga dapat meningkatkan taraf kehidupan kita di samping menambah kesejahteraan dan keselesaan hidup.


Untuk memastikan bahawa keperluan tanaga elektrik adalah sentiasa mencukupi dan berterusan serta pada harga yang munasabah, kita perlu menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak, dan proaktif.


 Di harapkan kita semua prihatin dan sedar akan peranan dan tanggungjawab bersama untuk menjimatkan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan di samping membantu dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.


3.3       Sumber tenaga elektrik


Tenaga elektrik boleh dihasilkan melelui pelbagai cara dan sumber.  Terdapat berbagai jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang menggunakan sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api.  Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear, pancaran matahari dan pelbagai punca lain.  Sumber tenaga yang digunakan untuk penjanaan elektrik hendaklah senang diperolehi, sesuai dan murah serta tidak mendatangkan bahaya atau mengancam nyawa dan alam sekitar.


Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil seperti mimyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro.  Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber lain seperti minyak, arang batu dan kuasa hidro.


Rizab gas asli yang terdapat di nagara ini dipercayai boleh menampung keperluan untuk tempoh sehingga 50-60 tahun, sekiranya penggunaannya dikawal dengan sebaik-baiknya, sumber petroleum pula adalah dijangka dapat menampung keperluan bagi tempoh selama 20-30 tahun sahaja. Selain daripada itu, kita tidak mempunyai banyak sumber arang batu.

Dalam pada itu, hampir semua tenaga hidro, iaitu sejenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui, di Semenanjung Malaysia telah digunakan walaupun terdapat banyak lagi potensi hidro di negeri Sabah dan Sarawak yang belum diterokai, kos pembinaan stesen hidro di kawasan pedalaman serta kos penghantaran tenaga elektrik dari Sabah  atau Sarawak dari Semenanjung Malaysia adalah terlalu tinggi.


3.4       Memahami tenaga elektrik


Tenaga elektrik yang dijanakan di stesen janakuasa adalah disalurkan secara pukal  kepada kawasan bandaran, kawasan perindustrian dan sebagainya melalui  sistem penghantaran bervoltan tinggi dan seterusnya kepada pengguna-pengguna melalui  sistem pengagihan bervoltan rendah.  


Tenaga elektrik yang disambungkan ke premis kita adalah sentiasa wujud dan digunakan pada bila-bila masa.  Kita tidak perlu bersusah payah untuk mandapatkannya malah apabila memerlukannya, kita hanya perlu memetik suis sahaja.
Untuk memastikan kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan yang disumbangkan oleh tenaga elektrik pada bila-bila masa, pihak pembekal elektrik perlu memastikan bahawa loji dan sistem pembekalan elektriknya dapat menampung keperluan serta sentiasa dalam keadaan baik.


3.5       Kesan penggunaan elektrik


Penggunaan elektrik yang tidak cekap, bijak dan produktif akan menghasilkan sumber-sumber seperti minyak, gas, arang batu dan lain-lain yang digunakan untuk menghasilkannya.


Bahan api fosil yang terdapat di bumi ini seperti minyak mentah, gas asli dan arang batu dibentuk kira-kira 150 hingga 300 juta tahun dahulu.  Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sumber-sumber itu telah digunakan dengan kadar yang begitu cepat berbanding dengan kadar ia digantikan secara semulajadi.  Kadar penggunaan sumber tenaga itu  sekarang adalah 20 kali ganda lebih cepat daripada awal abad ini.


Pembakaran sumber-sumber fosil untuk penjanaan tenaga elektrik akan menghasilkan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan sulphur dioksida serta partikel dan logam toksid yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan dan keselesaan jika keadaan tidak terkawal.  Karbon dioksida adalah sejenis rumah hijau yang menyebabkan kesan ‘global warming’.  Pendedahan secara lama dan berlebihan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Gas-gas ini juga larut dalam air hujan dan menjadikan hujan asid.  Hujan asid jika memasuki sungai atau tasik boleh memusnahkan organisma akuatik.  Semua kesan negatif daripada penggunaan bahan api itu jika tidak dikawal, akan memberi kesan yang serius ke atas kehidupan kita dan akhirnya akan memusnahkan tamadun di planet bumi ini.



3.6       Panduan bagi mengamalkan kecekapan tenaga elektrik


Berikut adalah beberapa panduan yang ringkas yang boleh diamalkan untuk menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak dan produktif serta mengurangkan perbelanjaan kita keatas tenaga elektrik.


        i.            Lampu.

-          Gunakan lampu kalimantang sama ada berjenis tiub atau ‘compact fluorescent lamp’ (CFL) dan lampu filament. Lampu kalimantang adalah lebih kurang 4 kali cekap daripada filament.
-          Gunakan palang pengimbang yang kurang kehilangan tenaga atau ‘watt loss’ Palang Pengimbang atau “ballas” adalah satu peralatan untuk lampu kelimantang.  Tenaga elektrik yang digunakan oleh palang pengimbang itu menghaliskan tenaga haba yang merupakan sebagai kehilangan sahaja.
-          Gunakan ‘direct lighting’ atau ‘task lighting’ dan bukan ‘diffused lighting’.
-          Gunakan cahaya semula jadi seboleh – bolehnya.
-          Padamkan lampu jikalau tidak diperlukan.
-          Apabila memasang lampu-lampu, pastikan susun atur pensuissan yang sesuai supaya membolehkan hanya lampu yang diperlukan itu dihidupkan.



      ii.            Televisyen

-          Tutupkan televisyen jikalau tidak menggunakannya.
-          Jikalau mempunyai lebih dari satu televisyen, gunakan satu sahaja jika semua keluarga menonton rancangan yang sama.
-          Pilih saiz televisyen yang bersesuaian mengikut keluarga.
-          Jikalau televisyen dilengkapkan dengan kemudahan ‘standby mode’ jangan menghidupkan ‘standby mode’ itu terlalu lama.


    iii.            Peti sejuk

-          Pilih peti sejuk yang menggunakan kurang tenaga elektrik dengan saiz yang sama.
-          Pilih peti sejuk yang mempunyai lebih dari satu pintu.
-          Apabila mengambil sesuatu dari peti sejuk, pastikan pintu tidak terbuka terlalu lama sebab ini membolehkan haba panas memasuki ruang dalam peti sejuk.
-          Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk.  Ini akan menyebabkan peti sejuk itu terpaksa bekerja berlebihan daripada sepatutnya.



 Rajah 3.6.2 : Peti Ais (typical singal stage vapour compression refregarator)


    iv.            Penyaman udara

-          Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau ‘Energy Efficiency Ratio’ (EER) yang tinggi.  Penyaman udara dengan (EER) yang tinggi adalah lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.
-          Pilih penyaman udara yang bersesuaian dengan saiz bilik.
-          Apabila menggunakan penyaman udara, pastikan semua pintu dan tingkap tutup supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik dan menyebabkan penyaman udara itu beroperasi berlebihan dari sepatutnya.
-          Jangan manatah suhu yang diperlukan terlalu rendah. Biasanya suhu pada tahap 27 darjah Celsius adalah memadai.
-          Gunakan tirai, langsir atau bumbung ‘awning’ bagi menghalang pancaran matahari dari meningkatkan suhu bilik.
-          Apabila menggunakan penyaman udara, gunakan kipas angin bersama. Ini membolehkan udara sejuk tersebar dengan lebih menyeluruh dan cepat dalam bilik tanpa memerlukan penyaman udara beroperasi dengan berlebihan.


      v.            Kipas angin

-          Pilih kipas angin yang kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi dengan kadar pembekalan udara yang sama.
-          Apabila menggunakan kipas angin,  pastikan tingkap dan pintu bilik tidak tertutup supaya segar dapat mengalirkan masuk kedalam bilik. Biarkan tingkap terbuka kerana di dalam keadaan yang tertutup, kekurangan udara segar akan menyebabkan kita tidak selesa dan mendorong kita melajukan putaran kipas, ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik bertambah.


    vi.            Pemanas air

-          Sekiranya menggunakan air panas untuk mandi dan sebagainya, gunakanlah pemanas air jenis segera kerana ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan jika dibandingkan dengan pemanas air jenis storan.
-          Jika membeli pemanas air jenis storan, pilihlah saiz yang sesuai dan mempunyai lapisan penebat yang baik.
-          Jikalau menggunakan pemanas air jenis storan, rancangkan penggunaannya.
      -     Jangan menghidupkan pemanas air itu terlalu lama sebelum penggunaannya.
      -     Untuk memastikan keselamatan, peralatan air panas itu mestilah dilindungi oleh pemutus litar ke bumi (ELCB) yang sesuai dan dipasang oleh yang berkelayakan. Jika boleh, gunakan peralatan yang dilapisi oleh plastik atau getah.


  vii.            Mesin pembasuh

-          Pilih mesin pembasuh yang kurang menggunakan tenaga elektrik.
-          Kumpulkan pakaian-pakaian bahan yang perlu di cuci supaya mesin itu dapat di gunakan dengan cekap.


viii.            Cerik elektrik.
           
-          Masaklah air mengikut  keperluan sahaja.
-          Sekiranya boleh, gunakan cerek air elektrik automatik.
-          Untuk memastikan keselamatan, pastikan sukatan minimum air di patuhi.


    ix.            Sterika elektrik.
-          Kumpulkan pakaian atau bahan supaya boleh di gosok pada suatu ketika.
-          Jangan sekali- sekali dibiarkan sterika tidak digunakan begitu lama.
-          Pastikan tetahan di buat bersesuaian dengan suhu yang diperlukan dan jenis pakaianan yang di gosok.



      x.            Lain-lain hal

-          Sebelum membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari segi kuasa, kapasiti, atau fungsi di antara beberapa model dan jenama.  Pilihlah model dan jenama yang paling kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi kemudahan atau perkhidmatan yang sama.
-          Untuk memastikan peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik, semaklah bil elektrik. Biasanya jumlah penggunaan elektrik kita setiap bulan adalah hampir sama. Sekiranya terdapat pertambahan jumlah penggunaan elektrik yang mendadak, periksalah peralatan elektrik kerana ini mungkin disebabkan oleh peralatan elektrik yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
-          Hubungi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang berdekatan untuk mendapatkan panduan dan nasihat berkaitan dengan cara penggunaan elektrik dengan cekap dan selamat.


3.7        Komen dan Cadangan


Sebagai penggunaan elektrik kita hendaklah sentiasa menjimatkan elektrik dan mengetahui barangan yang berkualiti.  Terdapat bebarapa contoh kecekapan elektrik dan cara-cara mengurangkan kecekapan elektrik dengan cekap.


                    i.            Kecekapan tenaga elektrik

-          Mengurangkan perbelanjaan untuk tenaga tetapi dengan keselesaan yang sama.
-          Memanjangkan hayat sumber tenaga untuk generasi akan datang.
-     Memelihara alam sekitar yang selesa dan bersih.
      -     Menikmati hidup yang berkualiti dan sihat.
           

                  ii.            Cara-cara mengurangkan kecekapan elektrik dengan cekap

-     Padamkan peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
-     Pilihlah peralatan yang menggunakan tenaga yang kurang tetapi dengan fungsi                yang sama.
-     Rancangan penggunaan.
-     Menyelnggarakan peralatan supaya sentiasa berkeadaan baik.




3.8       Kesimpulan


Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan mempunyai sikap-sikap terpuji, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara sumber tenaga dan alam sekitar supaya generasi akan datang dapat hidup dalam kesejahteraan dan penuh dengan kebahagiaan.  Penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dapat membantu kita untuk mencapai matlamat tersebut seta boleh mengurangkan perbelanjaan ke atas penggunaan tenaga.



10 comments: